Thursday 7 March 2013

Pertolongan Cemas Untuk Bayi



Salam semua.hope korang semua sihat senantiasa dan sentiasa berada dalam Lindungan Allah S.W.T. Di entry ni aku nak kongsi sedikit tentang pertolongan cemas untuk bayi sekiranya terjadi. mungkin kita x jangka benda-benda camni terjadi  tapi apa-apapun bersedia menghadapi kecemasan dengan tenang...chewah..hihi..

Tersedak / Tercekik

Sekiranya bayi sukar bernafas, batuk dan menangis, dan korang rasa bayi korang tercekik,berikut cara-cara bagaimana hendak membantu bayi korang:-
  • Penting : Buang sebarang benda asing dari mulut. Jangan masukkan jari korang terlalu dalam kerana saiz jari kita agak besar dan mungkin menyebabkan kesakitan di bahagian belakang mulut bayi. Korang juga mungkin menolak objek tersebut dengan lebih dalam.
  • Baringkan Bayi,muka dan kepala ke bawah di lengan korang. Sokong kepala dan bahu bayi dengan tangan korang. letakkan pangkal tapak tangan korang di bahagian atas belakang bayi, dan tekan dengan perlahan sebanyak 5 kali.
  • Periksa mulut bayi dengan segera selepas setiap tekanan, dan keluarkan benda asing yang menyekat tekak bayi.
  • Sekiranya objek masih di dalam mulut bayi, posisikan 2 jari ditengah-tengah dada dan 1/2 inci ke bawah putingnya. Beri 5 tekanan sedalam antara 1/2 ke 1 inci. Sekiranya tidak berjaya, hubungi Ambulan.
lebih kurang macam ni la ye...
  • Ulang kaedah di atas sehingga bantuan tiba. Doktor hendaklah memeriksa bayi selepas pertolongan cemas diberi untuk memastikan bayi tidak mengalami kecederaan dalaman.
 

Luka Kecil 

  • Periksa sekiranya terdapat sebarang objek di dalam luka. Jika ya, korang jangan tekan pulak objek tersebut sebab nanti mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
  • Sekiranya tiada objek di dalam luka, tekan luka dengan perlahan dengan menggunakan tangan atau kain yang bersih.
  • Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Bawa bayi ke Hospital dengan segera.

 Tertelan bahan-bahan merbahaya

  • Ubat atau pil - Bawa bayi ke hospital dengan segera dan bawa botol atau pembalut ubat/pil. jangan beri bayi korang apa-apa yang boleh menyebabkan bayi muntah.
  • Bahan-bahan pencuci rumah -  bertenang dan bawa bayi ke hospital dengan segera dan bawa botol atau pembalut bahan yang ditelan oleh bayi.
  • Bayi kesakitan atau mulut kemerahan dan melecet - beri bayi korang minum air atau susu untuk menyejukkan bayi sehingga korang tiba di hospital.
  • Catat masa dan jumlah bahan merbahaya yang ditelan oleh bayi.

Terbakar / Melecur

  • Sejukkan bahagian yang tercedera dibawah air yang mengalir secepat mungkin sekurang-kurangnya selama 10 minit. Pemancur air boleh digunakan tetapi pastikan tekanan air tersebut rendah.
  • Longgarkan pakaian yang ketat sebelum bahagian yang tercedera merebak, tetapi jangan keluarkan kain yang melekat pada kawasan melecur.
  • Tutup bahagian yang melecur dan bawa bayi ke hospital.
Setakat tu je yang saya dapat kongsikan pada kalini... harap dapat memberi ilmu kat korang ye... musibah terjadi tanpa di duga, so kita tena sentiasa bersedia dan jangan panik.apapun hadapi dengan tenang.bila tenang baru kita dapat berfikir dengan waras... :-) 

MDF yang happy dapat main Bowling


Qisya yang baru 7 Bulan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...